Saturday, July 16, 2011

SanaHouse

Update sket pasal bisnes wife aku. Sekarang dia dah publish produk dia kat blog. Potential customer boleh tengok kat http://sana-house.blogspot.com. Sekiranya berminat boleh terus isi borang tempahan yang telah disediakan. Thank you.

Sunday, July 3, 2011

Kembali Semula..

Selamat petang penghuni alam siber. Aku kembali lagi, setelah setahun lebih menyepi. Oops..dah dua tahun lebih rupanya. keh3..

Sebagai permulaan, aku nak promote bisnes wife aku. Dia jual baju gaya-gaya Muslimah. Kamu-kamu semua boleh la layari http://www.facebook.com/sanahouse untuk tengok sendiri baju-baju yang dia jual. Nanti kalo berminat boleh la kontek dia direct. Mana tau nak pakai sendiri atau hadiahkan kat teman istimewa. Anyway, have a look. Cheers!

Sunday, May 10, 2009

Finally..

Two years in PJ and five years in Gombak..damn it's a long time..but then, it's over now..i'm so glad with that..all those memories will remain forever, the happiness and pain of being a student..for now, i'm just looking forward..never look back on the past..never hurt myself by thinking of the past..never..never..

Saturday, March 28, 2009

Ribena Ada Kandungan Arak

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamek Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.

Kisah Kasih Aku & Dia..

Daisypath Anniversary tickers