Tuesday, March 10, 2009

Lawi Ayam


PASIR PUTEH 5 Mac - Akibat menjeling, seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di bandar ini cedera selepas dilibas dengan senjata kecil yang tajam dikenali sebagai 'lawi ayam' oleh dua pelajar senior dalam pergaduhan di sekolah itu hari ini.
Berikutan itu, mangsa, Mohd. Hamirul Hakim Mohd. Affandi, 14, yang cedera di bahagian belakang badan terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk rawatan...

...berita tu panjang sangat. Aku tak nak letak semua..kat sini aku just nak kongsi la sket apa bendanya lawi ayam tu..


Lawi ayam, juga dikenali sebagai kerambit atau kurambi, atau kuku ayam atau rambai ayam. Ianya sejenis senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Ia berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayai mengambil nama dari taji atau lawi ayam, sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.


Kerambit pada kebiasaannya berhulukan kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan pada hujungnya. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagi ikatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.

Benda ni, sekali kena kat perut, alamat terburai habis la usus-usus tu. Sebab tu la lawi ayam ni dikategorikan sebagai senjata berbahaya walaupun ianya kecil. Sebab tu jugak la kot budak yang guna lawi ayam tu sampai kena buang sekolah. Tak pasal-pasal masa depan hancus macam tu je. Ei..kesian btol tgk remaja-remaja sekarang..rosak..rosak..

No comments:

Kisah Kasih Aku & Dia..

Daisypath Anniversary tickers